Sunday, 9 April 2017

HAK PENJAGAAN ANAK SELEPAS SUAMI ISTERI BERCERAI MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA












AKADEMI  PENGAJIAN ISLAM
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH
(SEMESTER 4)

TUGASAN INDIVIDU
FIQH MUNAKAHAT
(SYR3073)

TAJUK TUGASAN: HAK PENJAGAAN ANAK SELEPAS SUAMI ISTERI BERCERAI MENGIKUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR:
RUHAN ISLAH BIN MAZLAN (D1510499)
NAMA BLOGSPOT:
islahruhan.blogspot.com

NAMA PENSYARAH SUBJEK
USTAZ SUHAIMI BIN ABU HASSAN


ISI KANDUNGAN

BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1
Pendahuluan
1
2
Hadhanah
-Definisi
-Hikmah Pensyariatan
-Hukum Hadhanah
2-3
3
Penjagaan Anak Mengikut Islam
3-4
4
Enekmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Negeri Terengganu
5
5
Undang-undang Hak Penjagaan Anak Setelah Bercerai Di Malaysia
-Perintah Tertakluk Pada Syarat
-Perintah Penetapan Kelayakan Ibu Atau Bapa Menjaga Anak
-Penjagaan Anak Yang Disifatkan Sebagai Sah Taraf
-Kuasa Bagi Mahkamah Mengubah Perjanjian Tentang Penjagaan Atau Nafkah
-Kuasa Bagi Mahkamah Menahan Anak Daripada Keluar Dari Malaysia
5-13
6
Hadhanah Secara Sukarela
14
7
Urutan Keutamaan Orang Yang Layak Terhadap Hadhanah
15
8
Dasar Dalam Menentukan Urutan Pengasuh
15-16
9
Hilang Kelayakan Untuk Hadhanah
17
10
Tamatnya Tempoh Hadhanah
17-18
11
Kelayakan Untuk Jadi Penjaga
18-20
12
Kesimpulan
21
13
Rujukan
22



PENDAHULUAN

Anak ialah sebahagian daripada harta yang dimiliki oleh ibu bapa. Dengan kata lain, anak merupakan amanah Allah yang diserahkan kepada ibu dan bapa untuk dipelihara dan dijaga dengan membimbing mereka ke jalan keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Berhubung dengan tugas penting ini, Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada Api neraka.”
            Penganugerahan anak sebagai zuriat manusia dan penghubung kasih saying antara suami isteri adalah kelebihan yang diberikan oleh Allah. Sekiranya anak yang masih belum dipertanggungjawabkan segala hukum agama keatas dirinya itu meninggal dunia, maka kematiannya menjadi pendinding kepada kedua-dua ibu bapa daripada api neraka. Kedudukan ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang maksudnya:
“ Daripada Abu Hurairah, Rasul SAW bersabda kepada perempuan Ansar. ‘ Tidak mati tiga orang anak daripada salah kamu dan ia ( si ibu) dalam keadaan sabar, melainkan ia masuk syurga. Salah seorang daripada perenpuan Ansar itu bertanya: Bagaimana kalau dua orang ya Rasulullah? Jawab Baginda : atau dua oarang’”.
            Kedudukan dan hak kanak-kanak termasuk dalam skop undang-undang keluarga. Di Malaysia peruntukan berkaitan dengan undang-undang keuarga bagi orang Islam boleh dirujuk dalam Enekmen Keluarga Islam (bagi setiap negeri), manakala Akta Memperbaharui Undaang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 menjadi rujukan baji kes-kes yang melibatkan orang bukan Islam. Kita akan membincangkan tentang hak-hak penjagaan anak dan tanggungjawab serta kedudukan kanak-kanak dalam undang-undang di Malaysia .






DEFINISI HADHANAH

Hadhanah ialah perkataan Arab yang diambil daripada daripada perkataan ‘al-hidn’ yang bermaksud lambung. Yang dimaksudkan dengan hadhanah dalam istilah fikah ialah memelihara kanak-kanak (lelaki atau perempuan) yang belum mumayyiz. Ermasuklah menyediakan sesuatu yang menjadi kebaikannya, melindunginya dari sesuatu yang menjadi kebaikannya, melindungi dari sesuatu yang menyakitkan atau membahayakan , mendidik jasmani, rohani dan akalnya agar mampu berdiri sendiri menghadapi cabaran yang beraneka ragam.
            Termasuk juga dalam pengertian hadhanah ialah menjaga orang dewasa yang tidak sanggup berdiri sendiri, ertinya mengharapkan bantuan dan pemeliharaan orang lain, seperti orang lumpuh , orang gila dan orang bodoh. Dan akan dibincangkan hanya masalah penjagaan dan pemeliharaan kanak-kanak yang belum mumayyiz[1]

HIKMAH PENSYARIATANNYA

Hikmah pensyariatan hadhanah adalah untuk mengatur tanggungjawab berkaitan dengan penjagaan dan pendidikan kanak-kanak yang masih kecil.
            Ini kerana kemugkinan suami isteri berpisah atau hidup tanpa persefahaman, atau berada dalam kesempitan untuk memberi perhatian dan mendidik anak kecil mereka. Jika keadaan ini dibiarkan, pertikaian mereka tidak akan selesai. Hal ini merupakan satu penganaiayaan terhadap kanak-kanak dan mengabaikan kepentingan mereka.
            Keadaan ini berkemugkinan menjadi penyebab kehancuran masa depan kanak-kanak itu. Oleh itu, peraturan yang menyeluruh perlu diwujudkan bagi menentukan pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga dan mendidik mereka[2].
            Penentuan penjagaan kanak-kanak tersebut hendaklah berdasarkan keutamaan agar kepentingan mereka tidak terjejas sekiranya berlaku pertikaian atau perselisihan di kalangan penjaga mereka[3].

HUKUM HADHANAH

Mengasuh dan menjaga anak-anak yang masih kecil hukumnya wajib. Mengabaikan tanggungjawab ini bererti mendedahkan mereka kepada bahaya dan kebnasaan, sedangkan kedua-duanya perlu dihindarkan.
Pada masa yang sama, hadhanah ialah hak bagi anak-anak yang masih kecil kerana mereka mereka memerlukan orang yang melaksanakan pengawasan, penjagaan, pengurusan hal ehwal dirinya dan pendidikannya[4].


PENJAGAAN ANAK MENGIKUT ISLAM

Menurut undang-undang Islam, wali terbahagi kepada tiga bahagian iaitu wali perseorangan, wali terhadap harta benda dan wali nikah. Wali perseorangan yang dimaksudkan di sini ialah wali atau penjaga/pengasuh yang bertanggungjawab untuk memelihara dan menjaga anak-anak yang masih di bawah umur. Wali atau penjaga anak-anak tersebut sama ada lelaki atau perempuan yang mempunyai hubungan darah dan anak-anak tersebut tidak terlepas daripada tanggungjawab mendidik, merawat, menjaga dan membesarkan mereka sehingga menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.
            Setiap penceraian biasannya akan meniggalkan kesan sampingan bukan sahaja kepada pasangan yang bercerai, tetapi kepada anak-anak merekalebih-lebih lagi sekiranya anak-anak tersebut masih belum mumayyiz, maka tugas mendidik, merawat,menjaga dan membesarkan anak-anak tersebut menjadi satu tanggungjawab yang baru yang mesti dpikul oleh salah seorang dari ibu bapa mereka. Kewajipan yang dimaksudkan di sini termasuklah menyediakan makan minum, pakaian, tempat, tinggal dan sebagainya[5].
            Ibu ialah diutamakan berbanding ayah kerana dia lebih mengetahui mengenai keperluan anaknya, lebih sabar menangani kerenah anak-anak kecil dan mempunyai lebih banyak waktu untuk mengasuh kanak-kanak tersebut. Ibu mempunyai beberapa kelebihan untuk memikul tugas ini kerana sikap dan ciri mereka berdamping rapat sejak daripada mula mengandung sehinggalah anak itu dilahirkan. Wanita lebih perasa (sensetif), lemah lembut, penyayang dan lebih mesra dengan anak-anak jika dibandingkan dengan kebanyakan lelaki. Prinsip ini didasarkan kepada alasan-alasan berikut:

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr ibn al-‘As mengenai seorang perempuan yang diceraikan oleh suaminya, dan mempunyai seorang anak lelaki. Suaminya hendak mengambil anak itu untuk dipelihara dan dijaganya. Perempuan itu datang menemui Rasulullah SAW dan berkata:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya anak ini perut akulah yang mengandungnya, ribaankulah yang mengawasinya, dan air susu akulah minumannya: bapanya hendak merebutnya daripada aku’.

Maka Rasulullah SAW bersabda;
“Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selama engkau belum berkahwin”
                                                                                                (Diriwayatkan oleh Abu Dawud)


Dalam riwayat yang lain dikatakan bahawa Abu Bakar berkata kepada Umar :
Ibu lebih sensetif, lebih halus, lebih kasih, lebih mesra, lebih baik dan lebih sayang (kepada ank-anaknya). Oleh itu ibu lebih berhak terhadap anaknya selagi ia belum berkahwin.”
ENEKMEN UNDNAG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM NEGERI TERENGGANU BIL.12 TAHUN 1985

Bahagian VII Penjagaan Kanak-kanak Seksyen 80 (1): “ Tertakluk kepada seksyen 81, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dibubarkan.”
            Bahagian VII Penjagaan Kanak-kanak Seksyen 80 (3): “ Tiada seorang lelaki berhak terhadap penjagaan sesorang kanak-kanak perempuan melainkan lelaki itu adalah mahram, iaitu, dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu dalam mana dia dilarang berkahwin dengannya.”
            Bahagian VII Penjagaan Kanak-kanak seksyen 80 (4); “ Jika ada beberapa orang dari keturunan atau peringkat yag sama , kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju menjaga kanak-kanak itu, penjagaan hendaklah diamanahkan kepada orang yang mempunyai sifat-sifat paling mulia yang menunjukkan perasaan paling kasih sayang kepada kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya sama mempunyai sifat-sifat kemulian, makak yang tertua antara mereka adalah berhak mendapat keutamaan[6].”  


UNDANG-UNDANG HAK PENJAGAAN ANAK SETELAH BERCERAI DI MALAYSIA

            Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan menyebut jelas mengenai keutamaan ibu dalam hak hadhanah ini. Seksyen 81(1) memperuntukkan sebagai berikut:
“Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang yang menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinan dan juga selepas perkahwinan itu dibubarkan.”
            Syeksen 82 menyebut mengenai kelayakan-kelayakan yang perlu ada untuk mendapat hak penjagaan.
            Prinsip yang kedua iaitu perkara uatama yang perlu diberikan pertimbangan dalam memberikan hak hadhanah ini ialah kebaikan anak itu tersendiri. Anak-anak itu perlu mendapat kasih sayang yang cukup, perhatian yang rapi dan juga pendidikan yang sempurna. Oleh yang demikian, seseorang yang akan melaksanakan hak hadhanah ini mesti mempunyai kelayakan dan mempunyai beberapa syarat yang telah ditentukan sekiranya dan tidak berupaya untuk melaksanakan tanggungjawabnya, hak itu akan dilucutkan dan diberikan kepada orang lain[7].

            Enekmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 1984, memperuntukkan bahawa untuk memutuskan dalam jagaan siapakah seseorang kanak-kanak itu patut diletakkan, pertimbangan itu, mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada :

Yang pertma ialah kemahuan-kemahuan ibu bapa kanak-kanak itu. Yang kedua ialah kemahuan-kemahuan kanak-kanak itu, jika ia telah meningkat umur dapat menyatakan sesuatu pendapatnya sendiri
Dalam kes Harun lwn Che Gayah yang diputuskan di Mahkamah Kadi Kelantan , hakim yang membicarakan kes itu menjadikan kepenyingan dan kebajikan kanak-kanak itu sebaga yang perlu diberikan pertimbnanga kerana ia hak asasi kanak-kanak. Barasaskan kepada alasan ini, Hakim Yang Arif telah menolak tuntutan yang dibuat dan memerintahkan supaya kanak-kanak it uterus tinggal bersama ibunya. Lembaga Rayuan mengesahkan keputusan tersebut, bagaimanapun telah meminda perintah Mahkamak Kadi dengam memberikan hak hadhanah bukan kepada ibu kanak-kanak itu, tetapi ibunya, Che Aishah, nenek kanak-kanak tersebut sekalipun telah berumur 60 tahun tetapi masih kuat dan masih waras fikiranyya.
    Dalam juga keputusan yang dibuat dalam kes Mohamed lwn Azizah. Dalam kes ini, hakim memutuskan bahawa kanak-kanak tersebut terus berada dibawah jagaan ibunya memandangkan dia telah hidup dalam keadaan tenang dan aman sekalipun ada perjanjian antara kedua-dua ibu bapa kanak-kanak itu bahawa jika ibu itu berkahwin lain, maka hak hadhanah kanak-kanak itu akan disrahkan kepada bapa. Dalam membuat keputusan, yang arif telah menyatakan:
“ Asas tujuan hadhanah ini untuk kebajikan dan kebaikan kanak-kanak yang hendak dipelihara, sebagai hak asasi kanak-kanak itu dan hak ini mestilah diutamakan daripada hak orang yang menuntut hak jagaam tersebut, seperti yang jelas tercatat dalam Tuhfah dan sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Salah dan diterima sebagai betul oleh al-Shabramulasi dan juga sebagaimana yang disebut Sayyid Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah, jilid 8 yang bermaksud:
Orang yang mempunyai hak jagaan dan kanak-kanak yang hak jagaan terhadapnya dituntut mempunyai hak masing-masing, tetapi hak kanak-kanak lebih kuat dan diutamakan daripada hak orang yang menuntutnya


Mengenai kebajikan kanak-kanak ibi, Enekmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 1984, memperuntukkan sebagai berikut:
“ Walau apa pun peruntukan seksyen 81, mahkamah boleh pada bila-bila masa dengan perintah memilih untuk meletakkan seseorang daripada orang-orang tersebut dalam seksyen itu ayau, jika ada hal keadaan yang luar biasa yang menyebabkan tidak diingini bagi kanak-kanak itu diamanahkan kepada slah seorang daripada orang-orang itu, mahkamah boleh dengan perintah meletakkan kanak-kanak itu, dalam jagaan mana-mana orang tau mana-mana persatuan yang tujuan-tujuannya adalah termasuk kebajikan kanak-kanak[8].   





PERINTAH TERTAKLUK PADA SYARAT-SYARAT

Seksyen 89 Akta 164 memperuntukkan:

Yang pertama ialah sesuatu perintah jagaan boleh dibuat tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan oleh mahkamah patut dikenakan, dan tertakluk kepada syarat-syarat itu, jika ada, sebagaimana dipakai semasa ke semasa, adalah menghakkan orang yang kepadanya diberi jagaan itu memutuskan semua soal berhubung dengan pendidikan dan pelajaran anak itu.[9].
Yang kedua ialah tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), sesuatu perintah jagaan boleh:

(a)Mengandungi syarat-syarat tentang tempat di mana anak itu akan tinggal, tentang cara pelajarannya dan tentang agama dalam mana ia akan dididik;
(b)Mengadakan peruntukan bagi anak itu berada sementara dalam peliharaan dan kawalan seseorang yang lain daripada orang yang diberi jagaan itu;
(c)Mengadakan peruntukan bagi anak itu melawat ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang ahli dari keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan hak untuk berjumpa dengan anak itu pada bila-bila masa dan bagi beberapa lama yang difikirkan munasabah oleh mahkamah;
(d)Memberi ibu atau bapa yang tidak diberi jagaan atau seseorang ahli dari keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau tidak diberi jagaan hak untuk berjumpa dengan anak itu pada bila-bila masa dan seberapa galak yang difikirkan munasabah oleh mahkamah; atau
(e)Melarang orang yang diberi jagaan itu daripada membawa anak itu ke luar Malaysia.


            Perintah jagaan yang dibuat oleh mahkamah pada kebiasaannya akan memberi hak kepada ibu bapa atau penjaga untuk memutuskan semua soal berhubung dengan pendidikan dan pelajaran anak-anak di samping syarat-syarat lain yang difikirkan perlu demi kebajikan kanak-anak tersebut. Satu perintah jagaan boleh mengandungi syarat-syarat tertentu seperti menyediakan tempat kediaman yang sesuai, jaminan terhadap pendidikan dan didikan yang sempurna sama ada akademik mahupun kerohaniannya (seksyen 89(2)(a)); memerintahkan kanak-kanak tersebut di bawah jagaan sementara pihak-pihak tertentu (seksyen 89(2)(b)); hak untuk melawat dan dilawati di antara ibu atau bapa atau pihak ketiga yang tidak dapat hak penjagaan.

            Perintah yang dikeluarkan itu juga boleh mengarahkan supaya kanak-kanak tersebut tidak dibawa keluar daripada bidang kuasa mahkamah atau ke luar negeri (seksyen 89(2)(a)). Penelitian terhadap sesuatu kes itu amat perlu kerana ia melibatkan masa depan seorang kanak-kanak. Sungguhpun demikian, setiap perintah yang telah dibuat oleh mahkamah itu masih boleh dibuat atas permohonan jika didapati timbul keadaan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kanak-kanak tersebut.


PERINTAH PENETAPAN KELAYAKAN IBU ATAU BAPA MENJAGA ANAK

Seksyen 90 Akta 164 memperuntukkan:

[10]Mahkamah boleh, apabila memberi sesuatu perceraian atau perpisahan kehakiman, atau pada bila-bila masa kemudian daripadanya, atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak dari perkahwinan itu, membuat suatu perintah menetapkan salah seorang ibu atau bapa seorang yang tak layak untuk menjaga anak itu dan boleh pada bila-bila masa membatalkan sesuatu perintah itu.
Selain itu, jika sesuatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1), dan belum dibatalkan, ibu atau bapa yang dengan itu ditetapkan sebagai tak layak tidaklah berhak, apabila mati orang yang satu lagi itu, menjaga anak itu melainkan jika mahkamah memerintahkan sebaliknya.

Selepas mahkamah mengeluarkan sesuatu dekri sama ada dekri perceraian atau perpisahan kehakiman, ia boleh membuat perintah menetapkan siapa yang layak dan siapa yang tidak untuk menjaga anak. Jika sebelum itu satu perintah telah dibuat kepada ibu atau bapa dan kemudiannya didapati tidak layak lagi maka mahkamah boleh pada bila-bila masa membatalkan perintah jagaan terdahulu itu. Sekiranya orang yang layak untuk menjaga kanak-kanak tersebut telah mati dan kanak-kanak tersebut masih di bawah jagaannya, pihak yang diputuskan sebagai tidak layak dalam seksyen 90 (1) tidak boleh mengambil alih menjaga kanak-kanak tersebut melainkan mahkamah telah memerintahkan supaya berbuat demikian.


PENJAGAAN ANAK-ANAK YANG DISIFATKAN SEBAGAI SAH TARAF

Seksyen 91 Akta 164 memperuntukkan:

Apabila seseorang anak disifatkan sebagai sahtaraf di bawah seksyen 75, ibunya adalah berhak menjaga anak itu, jika tidak ada sesuatu perjanjian atau perintah mahkamah sebaliknya.
Anak-anak yang disifatkan sebagai sah taraf di bawah seksyen 75 adalah mereka yang terlibat dengan sesuatu dekri pembatalan yang telah dibuat oleh mahkamah terhadap perkahwinan ibu bapanya. Menurut seksyen 91 ini, ibu berhak menjaga anak atau anak-anaknya melainkan ada sesuatu persefahaman atau persetujuan yang telah dibuat di antara suami da isteri tersebut atau telah ada suatu perintah yang dibuat oleh mahkamah tentang penjagaan mereka. Seksyen ini bertujuan untuk menyelesaikan pertelingkahan terhadap penjagaan selepas suatu dekri pembatalan dibuat terhadap perkahwinan mereka[11].
 Jika dilihat sekali imbas, kehendak seksyen ini haruslah diikuti dengan memberikan hak kepada ibu dan sebaliknya bapa seolah-olah tidak mempunyai apa-apa hak terhadap anak daripada perkahwinan mereka yang telah dibatalkan itu. Walau bagaimanapun, mahkamah masih berhak untuk menentukan siapakah di antara ibu dan bapa itu yang benar-benar berhak jika salah satu pihak membuat permohonan untuk mendapatkan hak penjagaan.



KUASA BAGI MAHKAMAH MENGUBAH PERJANJIAN TENTANG PENJAGAAN ATAU NAFKAH

Seksyen 97 Akta 164 memperuntukkan:

Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat-syarat bagi sesuatu perjanjian berhubung dengan penjagaan atau nafkah seseorang anak, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, walau apa pun peruntukan sebaliknya dalam sesuatu perjanjian itu, jika mahkamahberpuas hati bahawa adalah menusabah dan untuk kebajikan anak itu berbuat demikian[12].

Seksyen 100 Akta 164 menyebut:

Apabila menimbangkan sesuatu soal berhubung dengan penjagaan atau nafkah bagi seseorang anak, mahkamah hendaklah, apabila praktik, meminta pegawai awam, yang terlatih atau berpengalaman dalam kebajikan kanak-kanak tetapi mahkamah tidak terikat menurut nasihat itu.
 Laporan dan nasihat serta pandangan orang tertentu seperti pegawai kebajikan tentang penjagaan anak adalah penting. Jika laporan tersebut membuat sesuatu cadangan atau pandangan dengan siapa anak tersebut ditempatkan, ia seharusnya diberi perhatian oleh mahkamah walaupun tidak semestinya terikat dengan cadangan itu.
 Dalam kebanyakan kes, laporan daripada pegawai-pegawai kebajikan yang membuat siasatan ini mungkin timbul perbualan ‘dengar-cakap’ (hearsey evidence). Mahkamah akan mengambil semua keterangan dengar-cakap. Ini kerana persoalan teknikal bukan menjadi keutamaan dalam kes-kes penjagaan kerana kebajikan anak lebih utama. Keterangan seumpama ini harus dibawa ke mahkamah bagi membolehkan pegawai kebajikan memberi laporan terhadap penyiasatan dan temu ramah yang telah dibuat dengan pihak-pihak yang tidak dipanggil sebagai saksi. Perlu diingat juga bahawa prinsip ini tidak seharusnya disalahgunakan sehingga kebajikan anak terpaksa dikorbankan. Jika mahkamah merasakan ‘keterangan dengar-cakap’ boleh menjejaskan keadilan, prinsip am tentang keterangan harus dipakai.



KUASA BAGI MAHKAMAH MENAHAN ANAK DARIPADA DIBAWA KELUAR DARI MALAYSIA

Seksyen 101 Akta 164 menyebut[13]:
(1)Mahkamah boleh atas permohonan bapa atau ibu seseorang anak:
(a)Jika keputusan sesutu perbicaraan hal ehwal berkahwin masih dinanti.
(b)Jika, di bawah sesuatu perjanjian atau perintah mahkamah, hanya seorang sahaja, iaitu ibu atau bapa, ada mempunyai jagaan atas anak itu manakala yang satu lagi  itu tidak ada mempunyai jagaan,
Mengeluarkan sesuatu tegahan manahan ibu atau bapa yang satu lagi itu daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia atau boleh membenarkan anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat atau pengakuan yang difikirkan patut oleh mahkamah[14].
(2)Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang yang ada mempunyai kepentingan, mengeluarkan suatu tegahan menahan seseorang yang lain daripada orang yang ada mempunyai jagaan atas seseorang anak, daripada membawa anak itu keluar dari Malaysia.
(3)Kemungkiran mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dihukum sebagai suatu penghinaan terhadap mahkamah.
Mahkamah mempunyai kuasa untuk menghalang atau membenarkan seseorang anak itu dibawa keluar dari Malaysia sama ada dengan syarat atau tanpa syarat mengikut yang difikirkan patut oleh mahkamah. Mana-mana pihak termasuk pihak yang mempunyai kepentingan boleh membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan suatu tegahan supaya anak tersebut tidak dibawa keluar dari Malaysia. Sekiranya suatu tegahan telah dibuat olehmahkamah, perintah tersebut hendaklah dipatuhi kerana keengkaran atau kegagalan mematuhinya akan dianggap sebagai menghina mahkamah dan boleh dikenakan penalti.
Ibu atau bapa atau penjaga yang mendapat hak penjagaan dan ingin membawa keluar dari Malaysia atau keluar daripada bidang kuasa mahkamah anak di bawah jagaannya itu, mestilah mendapat kebenaran daripada mahkamah terlebih dahulu. Tiada sebarang kesulitan untuk mendapatkan persetujuan daripada mahkamah sekiranya tujuan dibawa keluar bukan bermaksud melarikan diri daripada bidang kuasa mahkamah. Ibu atau bapa atau penjaga tidak boleh bertindak sesuka hatinya mengikut perkiraan mereka sendiri. Membawa keluar dari Malaysia atau keluar daripada bidang kuasa mahkamah untuk tujuan percutian atau menetap terus di luar Malaysia perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh mahkamah ketika iamemutuskan sesuatu permohonan itu.
Kebajikan anak-anak diberikan pertimbangan oleh mahkamah sama ada untuk membenarkan atau menghalang seseorang anak itu daripada dibawa keluar. Mahkamah tidak seharusnya menghalang ibu atau bapa atau penjaga yang mempunyai hak jagaan itu daripada membuat keputusannya sendiri untuk membawa keluar anak tersebut kerana dikhuatiri hubungan akan menjadi bertambah buruk jika mereka berada di malaysia dan akan menimbulkan kesan negatif terhadap anak ataupun tujuan membawa keluar itu lebih mendatangkan kebaikan terhadap anak tersebut[15].

HADHANAH SECARA SUKARELA

Jika ada kaum kerabat kanak-kanak itu yang layak untuk melaksanakan tugas hadhanah dan ingin melakukan secara sukarela, sedangkan ibu kanak-kanak itu enggan berbuat demikian melainkan jika ia dibayar, jika bapa kanak-kanak itu seorang yang berkemampuan maka bapa itu wajib membayar upah, dan kanak-kanak itu mesti diasuh oleh ibunya sendiri kerana ia lebih layak dan bapanya berkemampuan untuk memberikan upahnya[16].
            Jika bapa kanak-kanak itu tidak mampu, maka kanak-kanak itu boleh diserahkan kepada orang yang ingin mengasuhnya secara sukarela dengan syarat ia kerabat dekat dengan kanak-kanak itu dan juga ia hendaklah layak untuk hadhanah. Hal ini sekiranya nafkah ditanggung oleh bapa kanak-kanak itu. Jika kanak-kanak itu mempunyai harta untuk menafkahkannya, maka kanak-kanak itulah yang akan membayar kepada pengasuh sukarela tersebut. Dari satu segi kerana ia menjaga hartanya, dan dari segi yang lain kerana adanya seorang di kalangan kerabatnya yang memeliharanya.
            Jika bapa seorang yang tidak berkemampuan dan kanak-kanak itu tidak mempunyai harta, dan ibunya enggan untuk memeliharanya kecuali ia dibayar upah, dan idak juga diterima di kalangan kerabat kanak-kanak itu yang sanggup memeliharanya secara sukarela, ibu diperintahkan untuk memeliharanya, dan upah itu tetap menjadi tangungan bapa untuk membayarnya.





URUTAN KEUTAMAAN ORANG YANG LAYAK TERHADAP HADHANAH

Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau jagaan anaknya, maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu :
Yang perttama nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya. Yang kedua bapa. Yang ketiga nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya. Yang keempat, kakak atau adik perempuan seibu sebapa. Yang kelima kakak atau adik perempuan seibu . Yang keenam kakak atau adik perempuan sebapa. Yang ketujuh anak perempuan dari kakak atau adik seibu. Yang kelapan, anak perempuan dari kakak atau adik seibu. Yang kesembilan anak perempuan dari kakak atau adik seibu. Yang kesepuluh anak perempuan dari kakak atau adik perempuans sebapa. Yang kesebelas ibu saudara sebelah ibu. Yang kedua belas ibu saudara sebelah bapa. Dan terakhir waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuary

            Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) menambah syarat bahawa penjagaan oleh orang lain itu tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.
            Seseorang lelaki yang berhak terhadap penjagaan seorang kanak-kanak perempuan mestilah seorang mahram iaitu dia mempunyai pertalian dengan kanak-kanak perempuan itu iaitu ia diharamkan berkahwin dengannya[17].

DASAR DALAM MENENTUKAN URUTAN PENGASUH

Urutan keutamaan dalam mendapat hak hadhanah ini ditentukan berdasarkan beberapa pertimbangan sebagai berikut :
Yang pertama keluarga ibu didahulukan daripada keluarga bapa, jika mereka berdua berada di kedudukan yang sma, kerana itu lebih berhak daripada bapa dalam tugas pengasuhan ini. Untuk selanjutnya, kaum keluarga ibu didahulukan daripada kaum keluarga bapa kerana hubungan kasih sayang yang lebih hamper atau akrab.
Selain itu,nenek didahulukan daripada saudara perempuan, kerana hubungan anak kecil ini dengan nenek adalah lebih hamper jika dilihat dari segi hubungannya dengan ibunya. Oleh itu, nenenk adalah lebih berhak mengasuhnya jika dibandingkan dengan saudaranya. Demikian juga nenenk adalah lebih sayang kepadanya.
Seterusnya, saudara seibu sebapa didahulukan daripada orang lain, kerana hubungan daripada kedua-dua belah pihak ibu dan bapa serta kasih sayang yang lebih boleh diberikan. Kemudian diikuti oleh keluarga seibu, dan kemudian barulah keluarga yang sebapa.

Jika si anak itu tidak mempunyai waris-waris yang tersebut di atas, ataupun ada tetapi tidak layak, tugas hadhanah itu berpindah kepada mahram yang lelaki selain daripada ‘asabah. Jika tidak ada juga, hakim bertanggungjawab menentukan orang yang layak untuk memelihara anak itu.
Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1964 dan juga Enekmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 1984 memperuntukkan bahawa jika ada beberapa orang daripada keturunan atau peringkat yang sama, kesemuanya sama berkelayakan dan bersetuju menjaga kanak-kanak itu, dan jika kesemuanya samam mempunyai sifat-sifat kemuliaan maka yang tertua antara mereka berhak mendapat keutamaan[18].







HILANG KELAYAKAN UNTUK HADHANAH

Enekmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1984 menyebut dalam seksyen 83 mengenai perkara ini sebagai berikut :
Hak seorang perenpuan terhadap hadhanah hilang apabila :
Yang pertama jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak  itu dan orang lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, tetapi hadhanah kembali semula apabila perkahwinan itu dibubarkan. Seterusnya, jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka. Selain itu, jika perempuan itu menukar pemastautinanya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri  ke tempat lahir isterinya itu. Hak hadhanah perempuan itu hilang jika perempuan itu murtad danj ika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu[19].


TAMATNYA TEMPOH HADHANAH

Hadhanah berakhir apabila kanak-kanak itu tidak lagi memerlukan pengasuhan perempuan, telah mencapai umur mumayyiz dan mampu berdikari, iaitu mampu untuk menguruskan sediri keperluan asasnya seperti makan sendiri dan mandi sendiri. Oleh yang demikian, tidak ditentukan tempoh tertentu mengenai hadhanah ini.
Ukuran yang digunakan dalan hal ini mumayyiz dan berkemampuan untuk berdikari. Jika kanak-kanak itu tidak memerlukan pengasuhan seorang perempuan dan memenuhi keperluan asasnya sendiri, maka tempoh hadhanah dikira tamat. Bagaimanapun, fatwa Mazhab Hanafi dan lain-lain menyebut : “ Masa hadhanah berakhir apabila kanak-kanak itu berumur tujuh tahun, sekiranya lelaki dan Sembilan tahun sekiranya perempuan.” 
Mereka bersependapat bahawa penambahan masa bagi kanak-kanak perempuan adalah perlu bagi membolehkan mereka membiasakan diri dengan kebiasaan orang-orang perempuan yang mempelajarinya daripada pengasuhan tersebut.
Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1984 dan juga Enekmen Undang-undang Keluarga Islam bi beberapa buah negeri yang lain memeilih pendapat ini. Enekmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1984 misalnya, memperuntukkan :
“Hak hadhanah menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun , jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur Sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi mahkamah boleh atas permohonan hadhanah memebenarkan ia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur Sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki dan umur sebelas tahun jika kanak-kanak itu perempuan.


KELAYAKAN UNTUK MENJADI PENJAGA

Islam mensyaratkan bahawa seseorang penjaga hendaklah orang yang mampu dan mempunyai kecekapan dalam soal penjagaan mengikut syarat-syaratya yang tertentu. Andai kata tidak ada salah satu daripada syarat-syarat itu, maka hilanglah hak hak hadhanahnya. Syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Islam seperti yang dibincangkan dalam kitab al-Iqna adalah seperti berikut [20]:


1.      Sempurna akal – orang gila hilang hak hadhanahnya, tetapi andainya gilanya itu hanya sedikit, seperti satu hari dalam masa satu tahun, maka dia masih lagi mempunyai hak hakdhanah.
2.      Merdeka- hamba tidak mempunyai hak hadhanah sekalipun diizinkan oleh tuannya kerana hamba bukannya ahli “wilayah”. Sebaliknya jika ibu (hamba) masuk Islam, maka dia lebih berhak terhadap hadhanah anaknya selagi dia tidak berkahwin lain.
3.      Beragama Islam- orang bukan islam tidak mempunyai hak hadhanah terhadap anak-anak Muslim, (anak itu hendaklah dipelihara oleh ahli keluarga yang Muslim mengikut susunan keutamaan yang telah disebut sebelum ini). Jika kita tidak ada ahli keluarga yang Muslim, anak itu hendaklah dibelaoleh orang Islam yang lain dan nafkahnya diambil daripada harta anak itu sendiri.
4.      Iffah dan Amanah- (digabungkan bersama kerana kedua-duanya saling berkaitan). ‘Iffah bermaksud bermaksud menegah daripada melakukan perkara yang haram dan tidak terpuji. Setiap orang yang ‘iffah mestilah amanah dan begitulah sebaliknya.
5.      Bermukim di tempat anak itu tinggal- (andainya kedua-dua ibu bapa bermukim di satu-satu negeri) jika salah seorang daripada mereka hendak musafir, bukannya untuk menunaikan haji atau urusan perniagaan, maka yang bermukim di tempat anak itu lebih berhak terhadap hadhanah anak tersebut( sama ada anak itu mumaiyyiz atau tidak) sehinggalah yang musafir itu kembali ke tempat asal anaknya tinggal.
6.      Ibu yang menjaga anak atau hadhanah tidak berkahwin dengan lelaki yang bukan ayah kepada anak itu, dan tidak mempunyai hak hadhanah yang lain. Sekiranya perempuan itu telah berkhwin lain maka dia akan kehilangan hak hadhanahnya, sekalipun suaminya mengizinkan dia memelihara anak itu.
7.      Ibu yang menjaga anak atau hadhanah menjadi ibu susu, andainya anak itu masih menyusu. Jika hadhanah enggan atau tidak mempunyai susu,hadhanahnya tidak sah. Menurut al-Balqini, sah hadhanahnya sekiranya ibu tidak mempunyai susu badan sendiri[21].


8.      Ibu yang menjaga anak atau hadhanah tidak mempunyai penyakit  yang berterusan seperti batuk kering ataupun lumpuh sekiranya penyakit itu menyusahkannya untuk memelihara anak tersebut.
9.      Ibu yang menjaga anak atau hadhanah itu tidak buta[22].
10.  Ia bukan seorang yang lalai.
11.  Umur penjaga melayakkannya untuk memberi jagaan dan kasih sayang yang diperlukan kanak-kanak.


Keriteria-keriteria ini diguna [akai dalam Undang-undang Keluarga Islam Di Malaysia apabila seksyen 82 AUKWIP   [Pin.Akta A902:s 27] mengariskan kelayakan yang perlu untuk menjadi penjaga jika:
Yang pertama dia adalah seorang Islam. Yang kedua ia adalah smpurna akal. Yang ketiga,dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu. Yang keempat,dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah. Yang kelima,Dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mugkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.[23]









KESIMPULAN

Tidak dinafikan lagi, perkahwinan telah menjadi satu fitrah kehidupan manusia. Perkahwinan merupakan satu-satunya kaedah bagi pembentukan keluarga dan kelahiran zuriat keturunan yang suci. Ia merupakan fitrah ilahi dan salah satu sebab Allah ( SWT) menciptakan manusia di muka bumi. Di samping itu perkahwinan juga merupakan hukum alam yang tidak boleh diubah oleh sesiapa.
            Islam memandang perkahwinanbukan semata-mata sebagai cara untuk menyatukan seorang lelaki dengan seorang perempuan, dan bukan pula memandangnya sebagai cara untuk memuaskan nafsu. Islam sebenarnya memandang perkahwinan jauh lebih mendalam dari semua itu, malah lebih agung dan lebih mulia.
            Dalam perkahwinan sudah semestinya si suami dan isteri mepunyai tanggungjawab untuk menjaga atau melindungi anak-anak tidak kira di mana mereka berada. Walaupun si suami dan isteri telah bercerai, tetap akan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga cahaya mata yang dianugerahkan oleh Allah SWT .
            Seterusnya, hak penjagaan anak-anak setelah suami isteri bercerai ini juga mempunyai undang-undang untuk penjagaan anak-anak. Tidak semudah mudahnya orang lain dapat mengambil hak penjagaan dengan mudah kerana mempunyai undang-undang di Malaysia sangat menitik beratkan tentang hak penjagaan kanak-kanak (hadhanah).






           


RUJUKAN

1.      Fikih Sunnah 8, Sayyid Sabiq Drs Moh Thalib, Pt Alma’arif.Jalan Tamblong cetakan ke 2 (1983).
2.      Fiqh 3 Seragkai Ibadat Munakahat Muamalat, Dr Mohd Sabri Abdul Ghafar, Aras Mega (M) Sdn. Bhd, Cetakan Pertama 2016.
3.      Fikih Legkap Perkahwinan, Drs Syahrin Nasution, Pustaka Syuhada, Cetakan Pertama 1992.
4.      Undang-undang Keluarga Islam, Abdul Monir Yacoob, Istitusi Kefahaman Islam Malaysia(IKIM), Cetakan Pertama 2006.
5.      Hak Dan Tanggungjawab Penjagaan Kanak-kanak, Wan Asma’ Wan Abu Bakar, Utusan printcorp Sdn. Bhd, Cetakan Pertama 2006.
6.      Fikih Kekeluargaan, Mohammad Som Bin Sujimon, Iium Press International Islamic Inuversity Malaysia, Edisi Pertama 2016.
7.      Al-Fiqh Al-Manhaji Kekeluargaan Islam Dalam Fiqh Al-Syafi’I, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Darul Syakir Enteprise, Cetakan Ketiga 2015.
8.      Panduan Fiqh Munakahat, Yazid Haji Maarof, Mohammad Kamil Ab Majid, Hazrah Entprise, Cetakan pertama 2015
10.  http://budakbahagia.blogspot.my/2013/04/hak-jagaan-anak-di-bawah-undang-undang.html










[1] Undang-undang Keluarga Islam, Abdul Munir Yaccob, M/s 136
[2] Al-Fiqh Al-Manhaji Kekeluargaan Islam Dalam Fiqh Al- Syqfi’I, Dr, Zulkifli Mohammad Al-Bakri

[4] Undang-undang Keluarga Islam, Abdul Munir Yaccob, M/s 136
[5] Fikah Kekeluargaan, Mohamad Som Bin Sujimon, M/s 179
[6] Fiqh 3 Serangkai Ibadat Munakahat Muamalat, Dr. Mohd Sabri Abdul Ghafar, M/s 159
[7] Undang-undang Keluarga Islam, Abdul Munir Yaccob, M/s 139
[8] Undang-undang Keluarga Islam, Abdul Munir Yaccob, M/s 140
[9] http://budakbahagia.blogspot.my/2013/04/hak-jagaan-anak-di-bawah-undang-undang.html

[10] http://budakbahagia.blogspot.my/2013/04/hak-jagaan-anak-di-bawah-undang-undang.html

[11] http://budakbahagia.blogspot.my/2013/04/hak-jagaan-anak-di-bawah-undang-undang.html

[12] http://budakbahagia.blogspot.my/2013/04/hak-jagaan-anak-di-bawah-undang-undang.html

[13] http://budakbahagia.blogspot.my/2013/04/hak-jagaan-anak-di-bawah-undang-undang.html

[14] http://budakbahagia.blogspot.my/2013/04/hak-jagaan-anak-di-bawah-undang-undang.html


[16] Undang-undang Keluarga Islam, Abdul Munir Yaccob, M/s 152
[17] Fikah Lengkap Perkahwinan, Drs Syahrin Nasution, M/s 168
[18] Undang-undang Keluarga Islam, Abdul Munir Yaccob, M/s 146
[19] Undang-undang Keluarga Islam, Abdul Munir Yaccob, M/s 148

[20] Hak Dan Tanggungjawab Penjagaan Kanak-kanak, Wan Asma’ Wan Abu Bakar, M/s 19
[21] Fikih Sunnah 8, Sayyid Sabiq, M/s 183

[23]   Hak Dan Tanggungjawab Penjagaan Kanak-kanak, Wan Asma’ Wan Abu Bakar, M/s 19

No comments:

Post a Comment